Orang Merajuk Minta Di Pujuk
Merajuk bukan penyakit tetapi kalau tidak dirawat (baca: dipujuk) penyakit rajuk boleh meleret-leret. Tidak mustahil ada yang sampai berhari-hari malah berbulan-bulan selagi rajuknya tidak dipujuk. Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau wanita. Tidak kira tua atau pun muda. Orang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, suami boleh merajuk dengan isteri, adik boleh merajuk dengan abang kakak.
Siapa kata lelaki tidak tahu merajuk? Warga MIDI merajuk, kanak-kanak pun merajuk. Orang perempuan lebih kuat rajuknya. Sering kali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengendahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya. Cuma yang membezakan ialah lelaki lebih bijak apabila merajuk kerana dia tahu tiada siapa yang akan memujuk. Wanita apabila merajuk memang menakutkan terutama bagi lelaki yang tidak pandai memujuk.
Orang tua merajuk buruk hingga boleh putus hubungan, sementara rajuk kanak-kanak tidak berpanjangan. Rajuk kanak-kanak paling mudah dipujuk. Bukan susah nak tahu sama ada seseorang itu merajuk. Tanda pertama rajuk ialah diam seribu bahasa. Perhatikan orang merajuk, selalunya dia diam saja sepanjang ada bersama kita. Walaupun kita ‘pok pek, pok pek’ dengannya, dia buat muka sardin. Paling-paling pun dia hanya akan mengiakan atau menganggukkan kepalanya. Dia sikit pun tak layan kita bercakap seperti selalu. Jika demikianlah sikapnya, memang sah- dia merajuk dengan kita.
Tanda kedua, dia akan buat tak tahu dengan kita. Pandang ke muka kita pun sipi-sipi saja. Jika kita minta apa-apa pertolongan, selalunya orang merajuk buat sikap acuh tak acuh. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Masa itu dia betul-betul pekakkan telinga dia. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan saja buat kita geram tetapi buat seolah-olah kita tidak wujud walau hakikatnya kita terpacak depan batang hidung dia. Disebabkan rajuk, dia lebih rela menahan lapar. Itu petanda ketiga merajuk. Orang merajuk tak mahu berjumpa kita secara berdepan. Dia mengelak face to face dengan kita. Dia beri pelbagai alasan. Kalau kita ajak dia makan, confirm dia cakap, “Awak makanlah dulu, saya kenyang.” Atau, “Saya dah kenyang makan dengan kawan tadi.”
Tanda merajuk keempat adalah yang paling membuatkan hati kita geram dan mendidih. Sudahlah dia tidak mahu bercakap dengan kita, dia tarik-tarik muka pula. Kononnya dia menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tapi adatlah orang merajuk, tak kira lelaki, wanita, tua atau muka pasti masam muka. Silap-silap muncung dia pun boleh letak penyangkut baju. Apabila merajuk, dia akan membaca. Contohnya lelaki akan baca surat khabar tetapi dia baca berulang-ulang kali. Itu maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu mengganggu dirinya. Orang perempuan pula kalau merajuk, jangan bagi pen dan kertas. Tentu dia akan melakar macam-macam rupa bentuk yang menggambarkan perasaannya sedang berkecamuk.
Kalau menonton pula, dia dah tak peduli rancangan apa yang ditonton. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka melalui gerak laku mereka. Satu lagi tanda merajuk, dia keluar rumah atau pergi ke mana-mana tanpa memberitahu. Hal ini dilakukan sebagai tanda protes, kita pula jangan paksa dia menjawab pertanyaan kita kerana tentu-tentu dia akan buat tak tahu. Satu lagi tabiat orang merajuk, dia tak akan menjawab panggilan telefon kerana perasaannya tengah marah. Alasannya, kalau dia dengar suara kita, perasaan marahnya lagi kuat.