Perihal Senggugut
Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja.
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:
Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:
- Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
- Jangkitan
- Radang Rongga Pelvis
- Endometriosis
- Penyakit usus seperti apendisitis
- Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:
- Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
- Sakit kepala yang berdenyut-denyut
- Muntah atau mual/loya
- Sakit kaki dan bahagian belakang badan
- Pergerakan usus yang tidak sekata
- Pitam
Kesakitan Dismenorea: Bila perlu berjumpa doktor
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!
Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:
- Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
- Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
- Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
- Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
- Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.
Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequent muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya kamu aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, kamu harus mendapatkan pemeriksaan doktor.
Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!
Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!
Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:
- Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
- Kurangkan garam.
- Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
- Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
- Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
- Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
- Berhenti merokok
- Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Dismenorea boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Ketika ini, mungkin kamu hanya mahu baring sahaja di katil. Kamu mungkin tidak mahu melakukan apa-apa ketika mengalami dismenorea tetapi seeloknya kamu tidak harus membiarkan kesakitan terus menular. Kamu boleh melakukan perkara-perkara di bawah untuk menolong mengurangkan kesakitan:
- Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Kamu boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda dismenorea. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
- Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
- Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Dismenorea memang menyakitkan. Ia boleh menjadi lebih teruk dan kebanyakan perempuan perlu berehat di rumah dan baring di atas katil untuk sembuh. Ia amat difahami. Apabila kamu rasa tidak sihat, pastikan kamu beritahu cikgu atau sesiapa di pejabat tentang keadaan kamu. Pastikan kamu bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang tertangguh. Ambil pil penahan sakit sebaik sahaja kamu merasa sakit. Sebiji pil sudah mencukupi. Tanya orang yang lebih dewasa atau doktor keluarga untuk menolong kamu. Jika sakit semakin berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun kamu sudah mengambil pil penahan sakit, mintalah pertolongan orang lain untuk mendapatkan khidmat doktor.