CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

MENU BAR LINK

Welcome Blog


Jumaat, 28 Disember 2012

3 Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh


3 Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh Dari Surah Yusuf,Yunus Dan Qasas

Bagi yang belum mendirikan rumahtangga tetapi berhajat untuk berkahwin,anda boleh mengamalkan 3 doa untuk cepat bertemu jodoh buat dijadikan pasangan hidup anda kelak.Sememangnya doa adalah usaha yang terbaik kerana dengan berdoa,anda meminta kepada Pencipta agar memperkenankan setiap hajat anda.
Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh
Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh
Di dalam rancangan Semanis Kurma,Ustazah Norbahyah ada memberikan 3 doa untuk cepat bertemu jodoh dan berkekalan selamanya.Jodoh yang baik sudah pasti akan menjamin kerberkatan rumahtangga dan seterusnya melahirkan ummah yang cemerlang dan terbilang.
Lagipun jika anda berkahwin,anda telah meramaikan lagi jumlah umat islam di muka bumi ini.Bahkan ada juga sabda Nabi dalam Perkahwinan yang diriwayatkan oleh Al Bukhari iaitu
Perkahwinan itu sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatKu
Jelas memperlihatkan mengapa orang islam digalakkan untuk berkahwin.

Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh Yang Soleh

Kelebihan surah Yusof ayat 4
surah yusuf ayat 4
surah yusuf ayat 4
(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya.Wahai ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.
Terdapat beberapa kelebihan surah yusof dan diantaranya adalah orang akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah.
Kelebihan surah Yunus ayat 81
surah yunus ayat 81
surah yunus ayat 81
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),Nabi Musa berkata,Apa yang kamu datangkan itu,itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) Sesunggunya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
Adakalanya tanpa kita sedari,sebenarnya ada manusia yang mempunyai perasaan dengki terhadap diri kita.Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah terbaik,tetapi dibelakang,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya untuk kepuasan yang sementara.Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus ini,kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja.
Kelebihan  surah Qasas Ayat 24
surah qasas ayat 24
surah qasas ayat 24
Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.
Ketika Nabi Musa A.S berdoa dengan ayat ini,baginda adalah seorang yang fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah pada ketika itu.Di dalam sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan berkahwin dengan salah seorang puteri yang ditolongi olehnya pada ketika dia berada dalam kesusahan.Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada Allah dan biarlah keadaan dimana  jiwa kita dalam keadaan yakin 100% kepada Pencipta.
Ketiga-tiga ayat diatas adalah sesuai diamalkan untuk cepat bertemu jodoh dan InsyAllah setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya.

16 PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

Cara Untuk Merawat Bibir Kering


Pernahkah anda mengalami masalah bibir kering atau pun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk. Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa
pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik tu kemungkinan tak sesuai ngan kulit kita.

Petua Merawat Bibir Pecah

Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.

Merawat Bibir Kering

Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.
Petua Melembapkan Bibir Kering
Caranya ialah oles susu pekat pada bibir.  amalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.
Atau

Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut..hehe..) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
Atau
Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. tak pernah cuba cara nie tapi ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.

Cara-cara lebatkan rambut.

Cara-cara lebatkan rambut.

Petua 1 :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

Petua 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Petua 3.
Ambil sedikit daun inaiTumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala.Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Petua 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2biji telur
  • 2 sudu besar santan asli
  • 2 sudu besar minyak kelapa
Caranya:
  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

KANSER PAYUDARA - PUNCA, GEJALA DAN RAWATAN

KANSER PAYUDARA - PUNCA, GEJALA DAN RAWATAN

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

PETUA PUTIHKAN GIGI


1. Arang Kayu


Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam


Anda boleh mendapatkan gigi putih  dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau


Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari


Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

5. Strawberi


Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih berseri.

6. Ekstrak Epal dan Cuka Putih


Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.

CARA NAK HALAU TIKUS

1. Beli perangkap tikus. Lepas pakai tu, jangan lupa basuh dan jemur kat tengah panas. Cek Ti ni hidung dia sensitif, so kalau dia pernah bau kawan dia dah mati kat situ, mestila dia tak nak masuk dah. Pakai gam tikus pun senang, lepas pakai terus buang. Easy peasy.
Huwaaaaaa... geli!!
2. Beli racun tikus.  jenama King Kong. Warna pink. Orang kata bagus. Letak kat laluan si tikus. 
3. Letak daun durian belanda, jering bertangkai dan daun pandan kat tempat tikus lepak. Haaa try laaa mana tau jadik.
4. Ada jugak kata letak kapur barus. Kapur barus kan wangi kan... tikus tak suka kot..


5. Bila dah sampai rumah, jangan maki hamun tikus hokayyy (Walaupun mungkin tikus telah menebuk baju baru korang). Sebab diorang ni binatang yang pendendam, so nanti diorang akan bawak konco-konco diorang.. kacau bilaukan rumah korang lagi. Haa cmana? Aku pun tak paham camana dia boleh faham bahasa kite, tapi aku ikut gak la petua ni.. tak baik marah2 kan. hehe
6. Bila dah buat semua ni, jangan lupa jugak tutup mana-mana tempat yang disyaki menjadi sumber/punca dia masuk ke rumah korang. Haa tutuplah dengan batu ke, baldi ke.. Ikut kreativiti koranglah. Asalkan tikus tak boleh masuk lagi ke rumah korang.

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Doa untuk memudahkan sebarang urusan


Maksudnya:


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.