1. Beli perangkap tikus. Lepas pakai tu, jangan lupa
basuh dan jemur kat tengah panas. Cek Ti ni hidung dia sensitif, so
kalau dia pernah bau kawan dia dah mati kat situ, mestila dia tak nak
masuk dah. Pakai gam tikus pun senang, lepas pakai terus buang. Easy
peasy.
Huwaaaaaa... geli!!
2. Beli racun tikus. jenama King Kong. Warna pink. Orang kata bagus. Letak kat laluan si tikus.
3. Letak daun durian belanda, jering bertangkai dan daun pandan kat
tempat tikus lepak. Haaa try laaa mana tau jadik.
4. Ada jugak kata letak kapur barus. Kapur barus kan wangi kan... tikus tak suka kot..
5. Bila dah sampai rumah, jangan maki hamun tikus hokayyy (Walaupun mungkin tikus telah menebuk baju baru korang). Sebab diorang ni binatang yang pendendam, so nanti diorang akan bawak konco-konco diorang.. kacau bilaukan rumah korang lagi. Haa cmana? Aku pun tak paham camana dia boleh faham bahasa kite, tapi aku ikut gak la petua ni.. tak baik marah2 kan. hehe

6. Bila dah buat semua ni, jangan lupa jugak tutup mana-mana tempat yang
disyaki menjadi sumber/punca dia masuk ke rumah korang. Haa tutuplah dengan batu ke, baldi
ke.. Ikut kreativiti koranglah. Asalkan tikus tak boleh masuk lagi ke
rumah korang.
0 ulasan:
Catat Ulasan